Terima kasih zack ucapkan kepada semua pihak yang sudah membantu Zack dalam usaha untuk mengembangkan lagi bakat yang ada kerana dengan sokongan daripada anda semua bakat Zack tidak akan ke mana-mana.
Terima kasih kepada kedua orang tua atas dorongan yang berterusan. Kepada Cikgu Junaidi Roslee individu yang banyak mengajar saya saya bermain alat muzik di samping bapa saya juga. Mereka adalah tulang belakang kepada apa yang saya kecapi kini.
Terima kasih juga kepada seluruh rakan-rakan artis di Keningau yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan memberi peluang untuk membuat persembahan bersama-sama mereka. Terima kasih kepada Keningau FM dan RTM atas kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk menjadi penyanyi jemputan dalam acara yang mereka adakan.
Seterusnya ucapan terima kasih kepada pihak wartawan yang sudi memasukkan artikel berkaitan diri saya di suratkhabar dan pihak Fantasi Media kerana membantu dalam urusan Publisiti dan Promosi khususnya melalui Website satusabah.com dan page FB 1SABAH. Official Fan juga diuruskan oleh Fantasi Media buat masa ini.
Akhir sekali kepada seluruh warga Sabah serta individu-individu mahupun kumpulan yang tidak sempat Zack sebutkan di pos kali ini dan Zack berjanji akan cuba untuk mengemaskini dari masa ke semasa.
Pounsikou...
Zackiddin Zackry
